Pewaris’s Weblog

Pewaris

Program Insan Cemerlang dan Celik IT

PROGRAM CUTI SEKOLAH

untuk pelajar sekolah rendah

PROGRAM INSAN CEMERLANG DAN CELIK IT

– Melahirkan insan cemerlang yang bertaqwa, berdedikasi dan komited terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

– Peserta akan mahir dalam penggunaan perisian asas komputer (MS-Office)

– Merupakan satu pendekatan ke arah anjakan pembangunan insan

Penceramah Motivasi:

Ustaz Uda Kassim

Pakar Motivasi

Penceramah al-Kuliah TV3

Penceramah al-Hidayah TV3

Penceramah RTM Selangor

Tarikh : 18 – 20hb Ogos 2008 (3 hari)

Masa : 8.30 pagi – 5.00 ptg

Tempat : Kafa Intergrasi Damai Bistari, Seksyen 3 tambahan, Bdr Baru Bangi

Makan pagi, tengahari dan petang disediakan serta sijil penyertaan

Yuran Pendaftaran : RM 250

Tempat Terhad, Daftar Segera!

Sila hubungi: Ustaz Ishak 019-3146874 / 03-89203135 En Hanif 019-2052507

Tarikh tutup penyertaan : 15hb Ogos 2008

Continue reading

August 13, 2008 Posted by | Iklan, Program² Ilmu | 2 Comments

Bayar Diri Anda Dahulu

Assalamu’alaikum…

Frasa “Bayar Diri Anda Dahulu” adalah antara tips kewangan yang saya perolehi daripada Azizi Ali pada tahun 2004 melalui buku tulisan beliau yang bertajuk “Millionaires Are From Different Planet”. Tajuk buku tersebut diberi seumpama itu bertujuan ingin memberitahu kepada kita semua bahawa cara berfikir dan bertindak seorang jutawan sangat berbeza dengan orang biasa, terutama dalam hal kewangan. Golongan ini dianggap unik sehinggakan boleh disifatkan segolongan spesis daripada planet yang berbeza, lantaran terlalu sedikit yang berfikiran seperti mereka.

“Bayar Diri Anda Dahulu” adalah antara point yang saya masih ingat sehingga sekarang dan menjadi amalan saya sejak mula mengenalinya? Apakah yang dimaksudkan dengan “Bayar Diri Anda Dahulu” ini? Saya rasa ramai dah tahu. Jadi, tulisan ini sekadar ingin mengingatkan.

Begini: Setiap bulan kita diberi upah oleh majikan atau pelanggan yang berurusan dengan kita (sekiranya peniaga). Itu semua hasil daripada usaha gigih dan penat lelah kita. Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya sanya dikembalikan kepada ALLAH. Dialah yang selayaknya menerima segala puji dan puja.

Continue reading

August 9, 2008 Posted by | Motivasi | Leave a comment

7 Golongan…

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

July 18, 2008 Posted by | Ilmu | Leave a comment

Adakah kau lupa

July 17, 2008 Posted by | Ilmu, Motivasi | Leave a comment

Seminar Penyembelihan Halal



Anjuran:
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) ; Cawangan Wilayah Persekutuan

Tarikh:
19 Julai 2008 (Sabtu)

Masa:
9.00 pagi -12.30 tengahri

Tempat:
Dewan Serbaguna Masjid Al-Muhsinin
Taman Desa, Off Jln Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur

Pengenalan:
Dalam Islam, sembelihan terhadap haiwan yang halal disembelih hendaklah dilakukan berdasarkan hukum syara’. Haiwan yang disembelih tanpa mengikut kaedah syara’ adalah diiktiraf sebagai bangkai dan najis. Antara contoh perkara penting dalam aspek ini adalah seperti putusnya urat-urat yang wajib seperti urat halqum dan marih. Penyembelih pula hendaklah seorang Islam. Begitu juga haiwan sembelihan yang diproses hendaklah mematuhi kehendak kebersihan dan standart pengendalian.

Justeru, adalah penting bagi individu muslim dan syarikat-syarikat penyembelihan mematuhi kehendak yang ditetapkan oleh Islam dalam penyembelihan supaya haiwan yang disembelih tidak memudaratkan pengguna dan menimbulkan syubhah.

Sehubungan dengan itu, seminar ini akan cuba mengupas perkara penting dalam aspek penyembelihan dan pendedahan isu-isu yang biasa berlaku dalam rumah-rumah sembelihan untuk peningkatan pemahaman masyarakat amnya dan pengendalian rumah sembelih khususnya supaya lebih cermat dan berhati-hati dalam penyembelihan.

Continue reading

July 16, 2008 Posted by | Iklan, Program² Ilmu | Leave a comment

Karnival Jom Baca Buku

Karnival Jom Baca Buku

18 hingga 20 Julai 2008
(Jumaat – Ahad: 10.00 pagi – 10 malam)
Tingkat 1, Kompleks Ole-ole,
Seksyen 18, Shah Alam

Aktiviti Menarik:
18 Julai (05.00 ptg.) :
– Pelancaran Buku: “Muhammad SAW”

19 Julai (01.00 tgh) :
– Santai Bersama “Dear Yayah” (PTS Publ.)

20 Julai (01.00 tgh):
– Ramah Mesra Bersama Novelis ALAF 21

Diskaun untuk buku-buku terbitan:
Persatuan Ulama Malaysia – iMAP – Telaga Biru – Alaf 21 – Pustaka Majid – Pustaka Salam – The Other Press – Islamic Book Turst – Truewealth Publishing – Pustaka Fajar – Perniagaan Jahabersa – Jasmin Enterprise – PTS – Blue-T – Progressive Publishing – iBOOK – Hidayah Publications – Pustaka Dini .

Maklumat lanjut:
Kedai Buku Tinta Ilmu, Tingkat 1,
Kompleks Ole-ole (TEL: 019-3799 101)

Dapatkan DISKAUN menarik
Membeli, membaca dan berjimat
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Continue reading

July 16, 2008 Posted by | Iklan, Program² Ilmu | Leave a comment

Islam is the fastest growing religion

Islam is the fastest growing religion and
the second largest religion in the world

Muslims in Asia (1996) 1,022,692,000 (30%)
Muslims in Africa (1996) 426,282,000 (59%)
Total Number of Muslims on the Earth (1996) 1,482,596,925
Total Number of People on the Earth (1996) 5,771,939,007
Percentage of Muslims (1996) 26%
Islam annual growth rate (1994-1995) from U.N. 6.40%
Christianity growth rate (1994-1995) from U.N. 1.46%
Total Number of Muslims on the Earth (1998 ) 1,678,442,000
Expected Number of Muslims on the Earth (2000) 1,902,095,000

This table below shows the growth of Islam:

North America (1989-1998 )
25%
Africa 2.15%
Asia 12.57%
Europe 142.35%
Latin America -4.73%
Australia 257.01%

Among every four humans in the world, one of them is Muslim. Muslims have increased by over 235 percent in the last fifty years up to nearly 1.6 billion. By comparison, Christians have increased by only 47 percent, Hinduism, 117 percent, and Buddhism by 63 percent. Islam is the second largest religious group in France, Great Britain and USA (Muslims in USA are 10 millions <http://www.islamicw eb.com/begin/ religions_ changes.htm> and Jews are 6 millions).

For a list of all Muslim countries and where the total number of Muslims came from, please click here.
<http://www.islamicw eb.com/begin/ population. htm>
The numbers of the growth rates have been taken from here
<http://www.islamicw eb.com/begin/ religions_ changes.htm>
The number of the total population has been taken from The CIA World’s Facts Book.

MUHAMMAD KHALIDI BIN RAMLI,

July 15, 2008 Posted by | Ilmu | 1 Comment

Bersangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik… Ada sangkaan buruk…
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan

Semoga menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia…

July 14, 2008 Posted by | Motivasi | Leave a comment

Identiti Muslim

Source: NADI Vol: 01/08

July 13, 2008 Posted by | Remaja | Leave a comment

Bina Peribadi Anak Sewaktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.

Antara didikan yangboleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua

“Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan.”

2. Baca bismillah dan guna tangan kanan

“Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah.”

Continue reading

July 12, 2008 Posted by | Keluarga, Remaja | Leave a comment