Pewaris’s Weblog

Pewaris

Kem Remaja Bestari Solat ke Arah Bina Insan Bertaqwa‏

DARUL QURAN BANDAR SUNWAY
– Program Musim Cuti Sekolah –

Mempersilakan Tuan/Puan untuk memenuhkan musim cuti remaja dengan
“Kem Bestari Solat keArah Bina Insan Bertaqwa”

KONSEP BERASRAMA DAN SEPENUH MASA BERIBDAT

TARBIAH ISLAM AM UNTUK REMAJA
(UMUR: 10 TAHUN HINGGA 15 TAHUN)
ASRAMA DI SEDIAKAN TERMASUK MAKAN MINUM

PROGRAM

  • – Qiamullail
  • – Bimbingan Solat, Latihan Azan/Iqqamat/Jadi Imam
  • – Sessi kaunseling
  • – Asas Fardu Ain
  • – Kisah Anbia
  • – Tajwid Al Quran
  • – Tafsir Al Quran
  • – Sunnah Nabi
  • Matalamat:

  • 1. Menanam ruh solat dan pengaruh dalam kehidupan harian
  • 2. Meninggkat kan insan robanni

    Tarikh: 28 November 2008 hingga 30 November, 2008

    Tempat:Darul Quran, Bandar Sunway,
    Selangor No. 14A, Jalan PJS 10/32
    Bandar Sri Subang 46000 Petaling Jaya
    (Belakang Masjid Bandar Sunway bertentangan dengan Sunway Lagoon)

    Yuran:RM 120.00 (Makan,Minum,Nota dll)

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
    – Ustaz Ismail Tel: 012-3617494,019-2662771
    – Ustaz Nik Tel: 016-3558053, 012-2219811

    Email: Ustaz(TOLONG HEBAH KAN KEPADA KENALAN ANDA)

  • November 14, 2008 Posted by | Program² Ilmu, Remaja | 1 Comment

    SOLAT HAJAT & CERAMAH MOTIVASI – SEMUA DIJEMPUT HADIR

    SOLAT HAJAT

    &

    CERAMAH

    MOTIVASI

    Sempena

    Peperiksaan

    2008

    Tempat : Dewan Badminton, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
    Tarikh : 24 Ogos 2008 (Ahad Malam Isnin)

    Masa : 7:00PM – 10:00PM


    Tentatif :

    Solat Maghrib Berjemaah
    Ceramah Motivasi (Disampaikan Oleh En. M. K Fuad Che Abd. Razak – Perunding Motivasi)
    Solat Isya’ Berjemaah
    Solat Hajat (Dipimpin Oleh Ustaz Kamaruddin Asmawi – Bekas Imam Masjid UKM)


    Semua Dijemput Hadir!!!

    “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -2:45-

    August 21, 2008 Posted by | Motivasi, Pewaris, Remaja | Leave a comment

    Identiti Muslim

    Source: NADI Vol: 01/08

    July 13, 2008 Posted by | Remaja | Leave a comment

    Bina Peribadi Anak Sewaktu Makan

    Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.

    Antara didikan yangboleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

    1. Tunggu orang yang paling tua

    “Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan.”

    2. Baca bismillah dan guna tangan kanan

    “Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah.”

    Continue reading

    July 12, 2008 Posted by | Keluarga, Remaja | Leave a comment

    Demo solat untuk kanak-kanak

    July 8, 2008 Posted by | Remaja | Leave a comment

    Siri Jelajah Usrah PEWARIS kini kembali !!!!

    T e m u i k a m i d i :

    Tempat: Surau Istiqomah, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

    Tarikh : 27 Jun 2008 (Jumaat)
    Masa : 9.00 malam – 11.00 malam

    Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah & Menengah

    ____________ _________ _________ _________ _________ _________

    A p a Y a n g M e n a r i k ? ? ?

    • Kisah benar dari DIARI seorang INSAN yang istimewa
    • Temui FACEE yang kreatif dan berinformasi untuk aktiviti yang yang menarik, tertarik – santai tapi berilmu.

    ____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ ________

    Jangan lepaskan peluang ini. Temui mereka di tempat yang telah dinyatakan di atas….

    Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran:

    019-2781373

    (Ustaz Faizal @ PEWARIS)

    ____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ ________

    Keahlian PEWARIS juga dibuka bagi mereka yang ingin mendaftar!!!

    Sila war-warkan PROMOSI ini kepada sahabat, adik-adik serta kenalan yang kalian kenal. Rugi kalau tak datang!!!!

    June 27, 2008 Posted by | Pewaris, Remaja, Usrah | Leave a comment

    Program Motivasi Persediaan ke Menara Gading – MPMG ’08

    Tawaran Hebat!

    ISTIMEWA
    buat pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi, SPM dan STPM
    juga mereka yang bakal bergelar MAHASISWA

    Rahsia Menjadi
    MAHASISWA CEMERLANG!

    “R TIS : Rohani Teras Intelektual Seimbang”

    Sertai kami dalam program :
    Program Motivasi Persediaan ke Menara Gading – MPMG ’08
    Tarikh :
    20, 21 dan 22 Jun 2008
    Tempat :
    Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jalan Sungai Merab, Seksyen 12, Bandar Baru Bangi, selangor Darul Ehsan.
    anjuran :
    Kelab Rakan Intelek Muda (KRIM)
    dengan kerjasama :
    Institut Latihan Islam  Malaysia (ILIM)
    ihsan :
    R TIS Traning  Centre

    Ada ape dengan MPMG???
    Menampilkan Fasilitator- fasilitator dari IPTA yang berpengalaman + terlatih, bawah bimbingan R TIS Traning Centre
    konsep program :
    – penerapan konsep ‘Hidup Sebagai Ibadah’
    – perkongsian pengalaman bersama mahasiswa dan profesional

    – penekanan kecemerlangan akademik, motivasikasih sayang dan kesedaran
    – pengurusan masa
    – pembinaan jati diri

    Mengapa kami???
    “90 peratus kesilapan yang dilakukan otak kita disebabkan oleh persepsi. Persepsi menentukan fokus dan membentuk emosi”

    Matlamat kami ialah mewujudkan kesedaran dan mengukuhkan keyakinan diri dikalangan remaja sebagai persediaan melangkah ke alam kampus melalui penerapan nilai-nilai Islam dan pendedahan terhadap modul bersepadu yang komprehensif berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

    Pendekatanyang pasti akan digunakan oleh para fasilitator KRIM ialah pendekatan kasih sayang, mesra dan profesional. Ini bagi memastikan para peserta berminat untuk mengikuti setiap modul penting yang dicipta khusus untuk mereka dan seterusnya melentur jiwa mereka agar menjadi insan yang mulia dan mahasiswa Islam yang bercita-cita tinggi.

    jangan tunggu lagi.. daftarlah segera! anda DILAHIRKAN UNTUK CEMERLANG!
    Untuk maklumat lanjut/pertanyaan/ pendaftaran sila hubungi :

    Nadiah : 016-3423 579
    Hafiz : 012-6262 561
    Farhan : 013-4353 789
    Natasha : 012-2910 193

    *yuran pendaftaran serendah RM50, tempat terhad untuk 100 peserta terawal.
    *tarikh tutup pendaftaran – 17 Jun 2008


    Pelaburan bernilai buat ibu bapa dan bakal mahasiwa! sebar-sebarkan. .

    June 9, 2008 Posted by | Iklan, Program² Ilmu, Remaja | Leave a comment

    Yang senang dapat tu bukan sahabat

    Kita bicara pasal kawan dengan sahabat. Apa beza dan apa ciri-cirinya.

    Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain.

    Kawan? Kawan mungkin sekadar pen yang terletakPhotobucket kemas di poket. Ada boleh, tak ada tak apa. Kadang-kadang pen sangat berguna, kadang-kadangan langsung tak guna, terutama bila dah tak ada dakwat. Kalau pen dakwat cair kadang-kadang dakwatnya melimpah hingga merebaklah warna hitam atau biru di poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna kadang-kadang menyusahkan.

    Sahabat umpama baju, umpama seluar, pendek kata umpama pakaian. Kita sentiasa mahu pakaian yang cantik, yang kemas, yang mahal, sahabat pun serupa itu jugak.

    Kita mahu yang sentiasa melindungi kita, yang sanggup bersama kita. Kalau kita berpanas dia pun sama berpanas, kalau kita sejuk dia membungkus tubuh kita dari kedinginan. Kadang-kadang dia menyebabkan kita bangga amat, apabila dia berjenama dan mahal.

    Macam sahabat kita orang kenamaan, orang popular, ternama lagi kaya kita rasa bangga amat berdamping dengan dia.

    Soalan saya, anda ada ke orang yang macam tu, yang boleh anda namakan sahabat, panggil sahabat sebab dia sangat melindungi, sangat berjasa, sangat baik, sangat menyokong, sangat segala yang baik-baik.

    Continue reading

    May 19, 2008 Posted by | Remaja | Leave a comment

    Masalah Sosial di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing

    Pengenalan
    Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

    Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.


    Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

    Continue reading

    May 18, 2008 Posted by | Keluarga, Remaja | 4 Comments