Pewaris’s Weblog

Pewaris

SOLAT HAJAT & CERAMAH MOTIVASI – SEMUA DIJEMPUT HADIR

SOLAT HAJAT

&

CERAMAH

MOTIVASI

Sempena

Peperiksaan

2008

Tempat : Dewan Badminton, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
Tarikh : 24 Ogos 2008 (Ahad Malam Isnin)

Masa : 7:00PM – 10:00PM


Tentatif :

Solat Maghrib Berjemaah
Ceramah Motivasi (Disampaikan Oleh En. M. K Fuad Che Abd. Razak – Perunding Motivasi)
Solat Isya’ Berjemaah
Solat Hajat (Dipimpin Oleh Ustaz Kamaruddin Asmawi – Bekas Imam Masjid UKM)


Semua Dijemput Hadir!!!

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -2:45-

Advertisements

August 21, 2008 Posted by | Motivasi, Pewaris, Remaja | Leave a comment

Siri Jelajah Usrah PEWARIS kini kembali !!!!

T e m u i k a m i d i :

Tempat: Surau Istiqomah, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

Tarikh : 27 Jun 2008 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam – 11.00 malam

Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah & Menengah

____________ _________ _________ _________ _________ _________

A p a Y a n g M e n a r i k ? ? ?

  • Kisah benar dari DIARI seorang INSAN yang istimewa
  • Temui FACEE yang kreatif dan berinformasi untuk aktiviti yang yang menarik, tertarik – santai tapi berilmu.

____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ ________

Jangan lepaskan peluang ini. Temui mereka di tempat yang telah dinyatakan di atas….

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran:

019-2781373

(Ustaz Faizal @ PEWARIS)

____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ ________

Keahlian PEWARIS juga dibuka bagi mereka yang ingin mendaftar!!!

Sila war-warkan PROMOSI ini kepada sahabat, adik-adik serta kenalan yang kalian kenal. Rugi kalau tak datang!!!!

June 27, 2008 Posted by | Pewaris, Remaja, Usrah | Leave a comment

Akademi Fasilitator

June 22, 2008 Posted by | Pewaris | Leave a comment

“Talkshow” di Bandar Tun Hussien Onn – Tajuk “Takpelah”…

Alhamdulillah , buat kali kedua bagi tahun 2008, Pewaris dapat kembali berusrah dengan adik-adik di Bandar Tun Hussien Onn. Perancangan Pewaris untuk menganjurkan usrah bulan Januari lepas dan Mei di BTHO ini dapat dilaksanakan. Jika bulan sebelumnya Pewaris telah menganjurkan usrah di Desa Surada (March) dengan berbincang tajuk berkenaan cita-cita dan pengorbanan ibu bapa , kali ini Pewaris membawa Peserta bersama-sama memikirkan tentang sikap ‘Take for granted’ atau dalam istilah melayu’ Takpelah’ .

Jika sebelum ini usrah Pewaris dimulai dengan program ceramah disampaikan oleh Ustaz jemputan , namun kali ini pihak Pewaris telah membuat pendekatan berbeza dengan menganjurkan ’Talkshow’ yang panelnya terdiri daripada AJK Pewaris sendiri . Perkongsian pengalaman , usaha dan langkah-langkah berdepan masalah dari panel yang terdiri dari akhi Faizal , Fadhli dan Halijah dilihat dapat mewujudkan komunikasi dua hala di kalangan peserta. Peserta dibawa berfikir akan kesan jika bertindak sambil lewa dalam mengerjakan sesuatu perkara . Kerja rumah tidak disiapkan , keputusan yang kurang cemerlang , kurang berdikari , kurang paham tajuk adalah beberapa kesan dari tindakan take for granted (takpelah) jika berdepan sesuatu masalah

Continue reading

May 17, 2008 Posted by | Pewaris, Usrah | Leave a comment

Selamat hari Guru…

Guru , peranan mereka cukup besar dalam mendidik anak bangsa. Guru sering diumpamakan seperti lilin yang menerangi kehidupan seseorang . Ya , tanpa ilmu yang disampaikan mereka , mungkin sehingga hari ini kita belum pandai membaca, mengira dan menulis . Kenapa saya kata begitu ? Kerana hampir 9 daripada 10 orang daripada penduduk Malaysia menuntut ilmu di sekolah . Di sekolah tempat kita berdepan dengan guru dari seawal pagi hinggalah ke tengahari dan di sinilah kita dididik mengenal ilmu asas dalam pendidikan. Gurulah yang berpenat lelah mendidik kita , berkongsi masa dan ilmu demi untuk melihat kita cemerlang dan berjaya.

Jika semasa di rumah kita bergantung kepada keluarga namun di sekolah hampir separuh dari kehidupan kita berdepan dan dididik oleh seorang guru. Kita diajar mengenal apa itu sains , matematik , agama , biologi dan bermacam-macam ilmu yang sukar diperolehi tanpa kehadiran orang berharga ini , seorang guru. Begitu sukar untuk kita membayar jasa mereka ini dengan sekerat tenaga, mahupun ucapan ’terima kasih’ kerana ilmu yg mereka sampaikan begitu berguna. Doakanlah guru anda , amalkan dan sebarkan ilmu yang pernah diajar kepada kita , kerana dengan amalan berterusan inilah maka jasa baik mereka berterusan, InsyaAllah

Continue reading

May 16, 2008 Posted by | Ilmu, Kerjaya, Pewaris | Leave a comment

Mari berusrah…

USRAH REMAJA

TARIKH:

16 MEI 2008

( JUMAAT MALAM SABTU )

TEMPAT:

BANDAR TUN HUSSIEN ONN,

CHERAS,

SELANGOR DARUL EHSAN.

MASA:

8.50 MALAM – 11.00 MALAM

May 16, 2008 Posted by | Pewaris, Usrah | Leave a comment

Selamat Hari Ibu…

Hari ini hari ibu. Jika hari ini kita berpeluang mengucapkan selamat hari ibu pada ibu kita , teruskanlah, ucapkanlah – doakan kebahagiaan dan kebaikan pada Ibu tersayang anda . Sebenarnya hari-hari adalah hari ibu , namun mungkin sudah menjadi sikap manusia yang suka dengan sesuatu sambutan maka itulah adanya hari bapa , hari guru , hari pekerja dan hari-hari yang dijenamakan dengan peranan seseorang. Ya , manusia suka diingatkan dan perlu akan peringatan.

Continue reading

May 12, 2008 Posted by | Keluarga, Pewaris | Leave a comment

Mari berzakat bersama PEWARIS

May 7, 2008 Posted by | Pewaris | Leave a comment

Usrah Remaja Surau Desa Surada

Baru-baru ni bertempat di dewan Surau Desa Surada telah diadakan usrah bulanan remaja yang disertai pelbagai peringkat umur samada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Topik yang disampaikan berkisar tentang peranan dan tanggungjawab remaja dalam menghargai jasa Ibu dan keluarga dalam mengejar cita-cita. Penceramah yang menayangkan beberapa klip video berkisar tentang susah payahnya keadaan seorang ibu melahirkan anak dapat memberi kesan mendalam pada para peserta. Pendekatan yang lebih santai dan komunikasi dua arah dapat menarik minat remaja menumpukan perhatian terhadap isi-isi ceramah , mesej dan pesanan yang cuba disampaikan oleh pihak penganjur.

Pengorbanan anak yang sangat besar bagi membalas jasa ibu dan keluarga dapat juga ditunjukkan dalam tayangan Klip Iklan Petronas yang mengisahkan tentang pengorbanan 7 orang anak memenuhi harapan ibu mereka. Pendekatan fasilitator membawa remaja merenung dan menghayati pengorbanan ibu bapa dengan jasa yang tidak berbayar juga dapat dilihat memberi kesan yang mendalam dalam diri para peserta Continue reading

April 30, 2008 Posted by | Pewaris, Usrah | Leave a comment

Usrah Remaja di Bandar Tun Hussien Onn


Alhamdulillah , seramai 36 orang peserta muslimin dan 20 orang peserta muslimat telah menyertai program USRAH Remaja PEWARIS yang buat pertama kalinya diadakan bagi tahun 2008. Bermula pada pukul 9:30 tengah malam setelah berlangsung selama 2 jam dengan bantuan para AJK SURAU dan PEWARIS akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dimulai dengan slot ceramah disampaikan oleh Ustaz Ishak Ahmad ini banyak menekankan kepentingan usaha dan kesungguhan dalam mencapai matlamat atau cita-cita dalam diri para peserta. Tajuk yang dipilih pada usrah kali ini ialah “Menggapai Awan”


Remaja punya cita-cita yang menggunung tinggi . Begitu jelas, jauh di sudut hati mereka ada cita-cita dan matlamat yang begitu mereka idamkan . Peserta yang terdiri dari kalangan mereka yang masih bersekolah rendah hinggalah yang ke tingkatan 5 mempunyai cita-cita yang pelbagai. Cita-cita untuk menjadi pensyarah , ahli perniagaan , juruterbang, arkitek , saintis, peguam mahupun jurutera begitu tebal dalam diri masing-masing. Di sinilah peranan para fasilitator menjelaskan akan pentingnya langkah awal dalam memilih aliran atau subjek-subjek berkaitan dengan cita-cita mereka . Berfikiran kreatif , mahir ilmu sains , pandai berhujah , bijak menyusun idea, yakin pada diri, mengusai
kepelbagaian bidang ilmu dan bermacam-macam usaha perlu bagi memburu impian para peserta. Alhamdulillah jika semua ini diringi dengan keyakinan dan ketakwaan kepada Allah SWT maka sudah pastinya Allah membuka jalan memudahkannya. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama hambaNya. Continue reading

January 25, 2008 Posted by | Pewaris, Usrah | | Leave a comment