Pewaris’s Weblog

Pewaris

Khutbah Rasulullah Di Awal Ramadhan

( Khutbah Rasulullah Di Awal Ramadhan )

“ Wahai manusia, telah datang kepadamu satu bulan yang agung dan diberkati. Bulan yang

terdapat di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang Allah taala

telah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajipan dan menghidupkan malamnya

sebagai satu tuntutan yang disunatkan.

Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan ini melalui satu amalan sunat maka

pahalanya seumpama dia melakukan satu amalan fardhu pada bulan yang lain. Sesiapa yang

menunaikan satu amalan fardhu padanya maka pahalanya seumpama dia melakukan 70

amalan fardhu di bulan yang lain.

Bulan ini adalah bulan sabar dan ganjaran sabar itu adalah syurga. Bulan ini adalah bulan simpati.

Bulan dilimpahkan rezeki orang mukmin padanya. Sesiapa yang memberikan makanan untuk berbuka

kepada orang yang berpuasa maka ia adalah pengampunan dosa-dosanya, pembebasan dari neraka

dan mendapat pahala puasa orang itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahalanya.

“ Wahai Rasulullah, bukan semua kami mampu memberikan makanan mereka yang berpuasa ?”, keluh para sahabat yang miskin.

Rasulullah menjawab, “Allah tetap memberikan pahala kepada sesiapa yang mendermakan walau sebiji

tamar, seteguk air dan sesisip susu”.

Bulan ini di awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari neraka.

Sesiapa yang meringankan

beban para pekerjanya di bulan ini maka dia diampunkan oleh Allah dan dibebaskan dari neraka.

Perbanyakkanlah di dalam bulan ini 4 amalan. 2 darinya akan menjemput redha Tuhan. 2 yang lainnya

sangat dihajati oleh kamu. Adapun 2 amalan

yang menjemput redha Tuhan ialah perbanyakkan ucapan tahlil dan istighfar manakala 2 perkara yang

sangat dihajati ialah perbanyakkan doa masuk syurga dan jauh dari neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mereka yang berpuasa untuk berbuka maka Allah akan memberinya

minum dari kolam ku di akhirat

dengan sekali minum dan tidak akan dahaga lagi sehingga masuk ke syurga”.

[ Riwayat Ibnu Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban ]

Advertisements

September 5, 2008 Posted by | Ilmu, Motivasi | Leave a comment

Jemputan Iftar terbuka PUM 6 September di Bangi

Assalamualaikum wrbt,

Kepada ikhwah sekalian,

Sukacita Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menjemput YBhg Dato’/Datin/ Tuan/Puan ke majlis Iftar yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 6 Sept 2008 (Sabtu); bermula 5.45 petang

Tempat: Darul Fuqaha, Bangi. Berhampiran MPI & ILIM.

Agenda:

5.45pm: Kehadiran Tetamu

6.00pm: Forum “Tadarrus al-Quran & Penghayatannya”

Ahli Panel:

1. YBhg Dato’ Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir; YDP-PUM

2. YBhg Tn Hj Paimuzi b. Yahya; Pengarah, Institut Latihan Islam M’sia (ILIM)

7.17pm: Berbuka

8.40pm: Solat Isya’/Tarawih/ Bersurai

Semoga kehadiran anda memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih.

September 5, 2008 Posted by | Iklan, Program² Ilmu | Leave a comment