Pewaris’s Weblog

Pewaris

Bayar Diri Anda Dahulu

Assalamu’alaikum…

Frasa “Bayar Diri Anda Dahulu” adalah antara tips kewangan yang saya perolehi daripada Azizi Ali pada tahun 2004 melalui buku tulisan beliau yang bertajuk “Millionaires Are From Different Planet”. Tajuk buku tersebut diberi seumpama itu bertujuan ingin memberitahu kepada kita semua bahawa cara berfikir dan bertindak seorang jutawan sangat berbeza dengan orang biasa, terutama dalam hal kewangan. Golongan ini dianggap unik sehinggakan boleh disifatkan segolongan spesis daripada planet yang berbeza, lantaran terlalu sedikit yang berfikiran seperti mereka.

“Bayar Diri Anda Dahulu” adalah antara point yang saya masih ingat sehingga sekarang dan menjadi amalan saya sejak mula mengenalinya? Apakah yang dimaksudkan dengan “Bayar Diri Anda Dahulu” ini? Saya rasa ramai dah tahu. Jadi, tulisan ini sekadar ingin mengingatkan.

Begini: Setiap bulan kita diberi upah oleh majikan atau pelanggan yang berurusan dengan kita (sekiranya peniaga). Itu semua hasil daripada usaha gigih dan penat lelah kita. Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya sanya dikembalikan kepada ALLAH. Dialah yang selayaknya menerima segala puji dan puja.

Dan sudah menjadi amalan kebiasaan kita, iaitu gaji/upah/keuntunga n yang diperolehi akan digunakan untuk membayar segala bil dan perbelanjaan tetap kita seperti bil air, bil elektrik, bil telefon, bil internet, sewa rumah, ansuran kereta dan sebagainya. Bermakna, segala hasil penat lelah kita digunakan untuk membayar kepada pihak lain, contohnya TNB, Syabas, Celcom, TM Streamyx, Tuan Rumah, Bank yang memberi pembiayaan dan lain-lain lagi yang berkenaan. Memang ia tanggungjawab yang perlu kita lunaskan. Namun, kita sering (malah sentiasa) terlupa untuk membayar diri sendiri (reward) yang telah berpenat lelah mendapatkan RM itu. Akaun bank kita sering hanya dijadikan tempat persinggahan RM itu. Masuk dan kemudian keluar untuk diagihkan kepada pihak2 lain.

Sebab itu kita disarankan bayar diri kita dahulu! Kebanyakan buku2 perancangan kewangan menggalakkan kita memperuntukkan 10% – 20% daripada pendapatan yang diperolehi untuk tujuan simpanan. Jika gaji RM2,000, maka 20% daripadanya adalah RM400. Jika nilai itu tidak praktikal disebabkan oleh bebanan kewangan dan lain2 keutamaan, maka bolehlah dikurangkan peratusannya. Jangan langsung tak simpan!

Kenapa “Bayar Diri Anda Dahulu”?
Sekiranya kita memilih strategi belanja dahulu, kemudian simpan; maka, percayalah bahawa kita akan selalu gagal untuk menyimpan. Sebab itu digalakkan kita pilih untuk simpan dahulu, kemudian barulah belanja. Bawa keluar siap2 10% – 20% daripada gaji untuk disimpan di dalam instrumen kewangan yang disahkan oleh pihak kerajaan. Potongan KWSP adalah salah satu contoh “Bayar Diri Anda Dahulu”. Jika KWSP tidak potong awal-awal sebaik sahaja kita dapat gaji, saya percaya dan yakin pasti ramai yang gagal untuk menyimpan untuk hari tuanya.

Sebagai muslim, mungkin kita boleh memperkembangkan idea bagus “Bayar Diri Anda Dahulu” ini dengan menyarankan agar kita semua memperuntukkan sebahagian daripada gaji kita untuk ‘hari kemudian’ kita, lillahi ta’ala. Sebahagian wang dan harta yang diinfaqkan itulah sebenarnya hak kita yang akan sebahagiannya diperhitungkan di akhirat nanti.

Dari Ibnu Mas’ud RA, bahawa Rasulullah sallALLAHu ‘alaihi wasallam bersabda: Siapakah di antara kalian yang harta warisannya lebih dicintai daripada hartanya sendiri?”

Mereka menjawab, Wahai Rasulullah, tidak ada seorang pun di antara kami kecuali hartanya lebih dicintai daripada harta warisannya.”

Rasulullah SAW mengatakan, “Sesungguhnya hartanya adalah harta yang telah dia infaqkan dan harta warisannya adalah yang dia tinggalkan.”

(HR Bukhari dan An-Nasa’i)

So “Bayarlah Diri Anda Dahulu”… untuk sejahtera dunia dan akhirat.

Dipetik dari:

http://muzir. wordpress. com/2008/ 07/27/bayar- diri-anda- dahulu/

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR

Perunding Takaful

August 9, 2008 - Posted by | Motivasi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: