Pewaris’s Weblog

Pewaris

Seminar Penyembelihan Halal



Anjuran:
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) ; Cawangan Wilayah Persekutuan

Tarikh:
19 Julai 2008 (Sabtu)

Masa:
9.00 pagi -12.30 tengahri

Tempat:
Dewan Serbaguna Masjid Al-Muhsinin
Taman Desa, Off Jln Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur

Pengenalan:
Dalam Islam, sembelihan terhadap haiwan yang halal disembelih hendaklah dilakukan berdasarkan hukum syara’. Haiwan yang disembelih tanpa mengikut kaedah syara’ adalah diiktiraf sebagai bangkai dan najis. Antara contoh perkara penting dalam aspek ini adalah seperti putusnya urat-urat yang wajib seperti urat halqum dan marih. Penyembelih pula hendaklah seorang Islam. Begitu juga haiwan sembelihan yang diproses hendaklah mematuhi kehendak kebersihan dan standart pengendalian.

Justeru, adalah penting bagi individu muslim dan syarikat-syarikat penyembelihan mematuhi kehendak yang ditetapkan oleh Islam dalam penyembelihan supaya haiwan yang disembelih tidak memudaratkan pengguna dan menimbulkan syubhah.

Sehubungan dengan itu, seminar ini akan cuba mengupas perkara penting dalam aspek penyembelihan dan pendedahan isu-isu yang biasa berlaku dalam rumah-rumah sembelihan untuk peningkatan pemahaman masyarakat amnya dan pengendalian rumah sembelih khususnya supaya lebih cermat dan berhati-hati dalam penyembelihan.


Objektif:
a) Meningkatkan kefahaman masyarakat khususnya pengendali rumah sembelihan terhadap hukum dan standart penyembelihan halal.
b) Mengukuhkan kesedaran terhadap pentingnya perlaksanaan halal dalam penyembelihan halal.
c) Mewar-warkan standart MS 1500:2004 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia kepada rumah-rumah sembelihan halal.
d) Meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu semasa dalam penyembelihan halal.

Penyertaan
– Terbuka kepada semua ahli masyarakat yang prihatin.
– Diutamakan untuk pengendali pusat-pusat penyembelihan.
– Penyertaan adalah terhad.

Aturcara Program
8.30 pagi :
– Pendaftaran Peserta

9.00 pagi :
– Ucapan Perasmian Oleh Ybhg Dr Mohd Roslan Md Noor (Setiausaha Agung PUM)
– Jamuan Ringan

9.30 pagi :
– Sesi 1 : Tajuk : Hukum dan Standart Penyembelihan Halal
Oleh : Us. Mohd Khalis Abd Raof (JAKIM)

10.30 pagi : Rehat

11.00 pagi :
– Sesi 2 : Tajuk: Isu-Isu Penyembelihan di Rumah Sembelihan Halal
Oleh : Us. Zakaria Bin Mohamad (JAKIM) & Us. Khairul Anuar Mustafa (JAKIM)

12.30 tghri :
– Makan Tengahari
– Bersurai

Yuran Penyertaan
Syarikat : RM100
Individu / persatuan : RM 50

Cara Bayaran:
a) Melalui akaun Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan
No Akuan : 14 0230 100 082 92 (Bank Islam Cawangan Plaza Central KL)
Bank In dan fakskan bukti pembayaran kepada 03-79815371

b) Bayar semasa pendaftaran secara tunai atau cek atas nama:
Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan

Maklumat Lanjut Hubungi:
En. Anuar : 013-6714932 atau En Azmi: 03-79815371

Borang Seminar Penyembelihan Halal:

Peta Seminar Penyembelihan Halal:

Sumber : http://jailurrashied.blogspot.com/

July 16, 2008 - Posted by | Iklan, Program² Ilmu

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: