Pewaris’s Weblog

Pewaris

Solat Kosong – Sesuatu yang perlu kita fikirkan

Assalammualaikum w.b.t

” Siti, solat itu dapat mencegah dari kemungkaran kan? Pernah dengar ayat ini dari Al-Quran?”

Saya tersenyum. “Mengapa?”

“Takde pape.Cuma rasanya, ayat ni macam boleh diperbahaskan. Aku dulu belajar sekolah agama. Bukan nak riak , tapi boleh dikatakan aku boleh skorlah setiap kali peperiksaan.Tapi, aku tak dapat rasa yang solat dapat mencegah aku dari kemungkaran.Aku selalu ja solat, tapi kenapa hati aku masih ada rasa nak couple, malah pakai tudung pun rasa macam tak ikhlas.Apa pandangan Siti?”

Saya terdiam.Terasa gerun di hati.

Erti Sebuah Solat

Solat adalah tiang pada agama. Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa kekuatan atau rasa kemenangan umat Islam itu adalah terletak pada sejauhmana ia mengerjakan solat dan menitip kesabaran.

Allah berfirman”Dan dia menyuruh ahlinya solat dan menunaikan zakat dan dia adalah seorang yg diredhai di sisi Tuhannya” (Maryam:55)


Mengimbas umat terdahulu, solat mereka bukan calang-calang timbangannya, maka di situ tidak hairanlah mengapa zaman kegemilangan Islam berada dalam gengaman mereka.

As-Syahid Hassan Al-Banna begitu bertegas mendidik para ikhwanul Muslimin dengan ketepatan waktu bersolat.Nabi SAW juga dalam satu riwayat, sanggup membakar rumah-rumah muslimin yang tidak bersolat jemaah di masjid tanpa keuzuran. Seorang sahabat nabi, Saad bin Abi Waqas,meminta sahabatnya yang lain mencabut panah yang terlekat di kaki sewaktu beliau bersolat kerana pada waktu itu beliau seolah meninggalkan jasad tidak bernyawa

Malah sirah dahulu menyaksikan, pejuang Islam yang tidak mengambil berat perihal solat hatta qiyamullail sekalipun tidak akan dibenarkan beraksi sama di medan juang. Ini kerana solat yang tidak sempurna mampu memberi kecacatan kepada keseluruhan perjuangan.

Solat tidak seperti berkawat. Beraksi seperti robot tanpa sebarang pengertian.Ibnu Qayyim menitipkan bahawa beribadah ( yang mana salah satu nya adalah solat, ibadah utama ) adalah cinta. Bersolat seolah-olah merasa ketagih untuk bermesra dengan si kekasih.

Lantas dibuat dengan penuh pengertian dan kekhusyukan serta menyerahkan seluruh penumpuan hanya pada si Dia. Tenggelam dalam keasyikan meraih cintaNya maka terhasillah sikap hati-hati agar tidak menyakiti mahupun terlukai sedikit hati yang dicintai.

Oleh itu, mudah untuk kita faham mengapa solat mampu mengelak dari seseorang itu daripada membuat sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah. Malah tidak perlu dipertikai lagi mengapa mereka yang menjaga solat mampu berkorban segala-galanya demi Islam.

Mampu meninggalkan cinta nafsu tika asyik dilamun rasa.Mampu meyelubungi diri, menjaga aurat tanpa perlu banyak bicara. Mampu mnegorbankan kepentingan diri demi agama.

Ini kerana Allah adalah cintanya yang utama.Solat itu adalah bukti cinta dan cinta akan melahirkan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Tanpa iman tidak bererti seorang muslim.

Solat yang tidak mampu mencegah

Solat yang tidak mampu mengubah diri individu itu sebenarnya bukanlah solat yang sempurna.Kealpaan mendalami apa erti sebuah solat sehingga tidak mampu membentuk sebuah kekhusyukkan menyebabkan jatidiri muslim seseorang menjadi longgar.

Solat sebenarnya sangat dekat dengan hati jika difahami.

Bayangkan hati itu berupa dan berbentuk seperti rupa dan bentuk kita yang zahir. Hati yang khusyuk adalah umpama orang yang menghadap Allah s.w.t dengan mukanya, duduk dengan tertib, bercakap dengan sopan santun dan tidak berani mengangkat kepala di hadapan Maharaja Yang Maha Agung.

Hati yang lalai pula adalah umpama orang yang menghadap dengan belakangnya, duduk secara biadab, bertutur kata tidak tentu hujung pangkal dan kelakuannya sangat tidak bersopan.

Perbuatan demikian adalah satu penghinaan terhadap martabat ketuhanan Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi.

Jika raja didunia murka dengan perbuatan demikian maka Raja kepada sekalian raja-raja lebih berhak melemparkan kemurkaan-Nya kepada hamba yang biadab itu dan layaklah jika si hamba yang demikian dicampakkan ke dalam neraka wil.

Hanya hamba yang khusyuk, yang tahu bersopan santun di hadapan Tuhannya dan mengagungkan Tuhannya yang layak masuk ke Hadrat-Nya, sementara hamba yang lalai, tidak tahu bersopan santun tidak layak mendekati-Nya.

Justeru perkara ini menjawab persoalan ,mengapa mereka kelihatan semakin jauh dari Tuhan.

Maka fahamlah kita mengapa Rasulullah, terlalu asyik dalam solat baginda sehingga lama sujud dan rukuknya. Perlahan dan lembut tingkahnya.

Usahalah

Kita masih bernafas sehingga kini.

Allah masih memberi peluang pada kita untuk menikmati ciptaan-ciptaanNya.

Ternyata Allah itu Maha Pengasih. Maha Penyayang. Maha Lemah Lembut dan sangat mengasihani mengalahkan seorang ibu.

Dia faham kelemahan sifat kita. Dia mengerti kekurangan kita. Tidak terus dihukumnya di dunia ini.

Diberinya kita peluang untuk membersihkan diri dengan taubat dan perbetulkan kembali solat-solat kita.

Dia juga tidak sampai hati melihat kita tersiksa dalam neraka.Cuma kita yang tidak sedar dan sombong dengan kebodohan diri. Dan sifat kekukurang ajaran kita kadang-kadang terhadapNya dihadapi dengan sifatNya yang maha penyabar.

Masih tidak cukupkah sebagai hujah untuk kita berubah??

Allah amat menyayangimu. Wujudmu adalah bukti wujudNya. Apakah maknanya Dia mewujudkanmu jika Dia membencimu. Renunglah ke dalam dirimu dengan renungan yang sedalam-dalamnya.

Sesungguhnya pada dirimu sudah nyata akan kasih sayangNya, jika kamu memahami.

“Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? ” (Adz-Dzaariyaat : 21) “Aduhai , Tuhanku..,celakalah aku kerana buta dari melihat cintaMu.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab usaha kamu, itu lebih baik kepada kamu daripada dunia dan segala isinya.”

Ayuh bersama koreksi diri dan membuat perubahan selagi pintu masa masih diperuntukkan…

Jadikanlah diri orang yang beriman kerana orang yang beriman itu sudah semestinya muslim sedangkan seorang muslim itu belum terjamin beriman….


InsyaAllah..

June 21, 2008 - Posted by | Motivasi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: