Pewaris’s Weblog

Pewaris

Yang senang dapat tu bukan sahabat

Kita bicara pasal kawan dengan sahabat. Apa beza dan apa ciri-cirinya.

Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain.

Kawan? Kawan mungkin sekadar pen yang terletakPhotobucket kemas di poket. Ada boleh, tak ada tak apa. Kadang-kadang pen sangat berguna, kadang-kadangan langsung tak guna, terutama bila dah tak ada dakwat. Kalau pen dakwat cair kadang-kadang dakwatnya melimpah hingga merebaklah warna hitam atau biru di poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna kadang-kadang menyusahkan.

Sahabat umpama baju, umpama seluar, pendek kata umpama pakaian. Kita sentiasa mahu pakaian yang cantik, yang kemas, yang mahal, sahabat pun serupa itu jugak.

Kita mahu yang sentiasa melindungi kita, yang sanggup bersama kita. Kalau kita berpanas dia pun sama berpanas, kalau kita sejuk dia membungkus tubuh kita dari kedinginan. Kadang-kadang dia menyebabkan kita bangga amat, apabila dia berjenama dan mahal.

Macam sahabat kita orang kenamaan, orang popular, ternama lagi kaya kita rasa bangga amat berdamping dengan dia.

Soalan saya, anda ada ke orang yang macam tu, yang boleh anda namakan sahabat, panggil sahabat sebab dia sangat melindungi, sangat berjasa, sangat baik, sangat menyokong, sangat segala yang baik-baik.

Jadi, ampun maaf, saya rasa sikit kelakarlah bila tak pasal-pasal ada orang mengaku dia sahabat, sebab proses untuk layak digelar sahabat ni makan masa. Takkan sehari dua kenal dah jadi sahabat. Lebih kelakar bila daftar terus jadi sahabat. Daftar pulak melalui SMS. Ai, senangnya??

Awas, sahabat-sahabat yang bergini, percayalah, lebih ramai orang akan termakan. Awas, hati-hati. Sebab sebetul-betul istilah sahabat itu seperti mana yang kita boleh baca bagaimana para sahabat membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. Itu baru sahabat namanya.

Para sahabat Rasulullah umpama bintang-bintang di langit dan Rasulullah s.a.w. itu umpama bulan.

Kalau malam ada bulan mengambang penuh, dah tu ada bintang-bintang pulak, memang indah malam tu, ya tak.

Pernah kita nampak bintang yang berantakan sesama sendiri kat atas langit tu? Atau dia datang kat bulan, hantuk bulan dan pergi. Ada? Mana ada. Bintang terus indah, mengerdip di tempatnya. Tak gaduh, tak dengki, tak khianat, tak makan kawan, tapi terus mengindahkan bulan, mengindahkan sahabatnya.

Dan dek begitu ciri-ciri sahabat, maka untuk anda dapat sahabat anda sendiri kena memiliki ciri-ciri sahabat. Nak jadi shaabat anda kena ada ciri sahabat.

Nak dapat sahabat anda lebih dulu kena jadi sahabat.

Nak dapat sahabat yang baik, yang A1, yang melindungi, yang menyokong, anda sendiri perlu jadi sahabat yang menyokong pada sahabat tu. Kalau anda sendiri buruk, mana mungkin anda dapat sahabat yang baik. Kalau dapat pun sahabat pun yang sama buruk. Faham tu…

“Seorang yang bertanggungjawab itu merupakan warganegara yang baik; pemimpin yang jujur, pengikut yang taat, majikan yang bertimbang rasa, pekerja yang cekap dan sahabat yang setia.”

Sumber: Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj

May 19, 2008 - Posted by | Remaja

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: