Pewaris’s Weblog

Pewaris

Selamat hari Guru…

Guru , peranan mereka cukup besar dalam mendidik anak bangsa. Guru sering diumpamakan seperti lilin yang menerangi kehidupan seseorang . Ya , tanpa ilmu yang disampaikan mereka , mungkin sehingga hari ini kita belum pandai membaca, mengira dan menulis . Kenapa saya kata begitu ? Kerana hampir 9 daripada 10 orang daripada penduduk Malaysia menuntut ilmu di sekolah . Di sekolah tempat kita berdepan dengan guru dari seawal pagi hinggalah ke tengahari dan di sinilah kita dididik mengenal ilmu asas dalam pendidikan. Gurulah yang berpenat lelah mendidik kita , berkongsi masa dan ilmu demi untuk melihat kita cemerlang dan berjaya.

Jika semasa di rumah kita bergantung kepada keluarga namun di sekolah hampir separuh dari kehidupan kita berdepan dan dididik oleh seorang guru. Kita diajar mengenal apa itu sains , matematik , agama , biologi dan bermacam-macam ilmu yang sukar diperolehi tanpa kehadiran orang berharga ini , seorang guru. Begitu sukar untuk kita membayar jasa mereka ini dengan sekerat tenaga, mahupun ucapan ’terima kasih’ kerana ilmu yg mereka sampaikan begitu berguna. Doakanlah guru anda , amalkan dan sebarkan ilmu yang pernah diajar kepada kita , kerana dengan amalan berterusan inilah maka jasa baik mereka berterusan, InsyaAllah

Guru ,

Jasamu dan ilmumu akan kusampaikan kepada orang , kerana dengan ilmu yang berterusan maka amalan dan kebaikanmu berterusan….

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

  • Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
  • Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.
  • Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.
  • Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

  • Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya
  • Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.
  • Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

May 16, 2008 - Posted by | Ilmu, Kerjaya, Pewaris

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: