Pewaris’s Weblog

Pewaris

Hak anak dapat nama baik

SETIAP anak yang dilahirkan berhak mendapat nama yang baik. Bapa hendaklah memberikan nama baik lagi terpuji kerana Rasulullah s.a.w ada bersabda dalam satu hadis diriwayatkan Abu Daud dan Ahmad, maksudnya:

“Kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu.”


Nama sebenarnya memberikan kesan pada jiwa anak. Nama yang baik memberikan kegembiraan kepada mereka ma nakala nama buruk menjadi ejekan pada orang lain, malah merendahkan semangat mereka.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “Apakah hak anakku ini?”

Jawab baginda: “Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak yang baik dan letakkanlah dia di tempat yang baik.”

Al-Mawardi memberikan syarat nama yang baik itu mesti ada tiga perkara:

  • Nama asas adalah nama orang-orang soleh
  • Hurufnya pendek, senang disebut.
  • Sesuai dengan tuan punya nama sendiri.

Nabi pernah mengubah nama seorang yang bernama Hazen yang bererti duka kepada Sahal yang bermakna mudah. Tetapi Hazen tidak setuju dengan perubahan itu dengan alasan tidak mahu mengubah nama yang diletakkan oleh bapanya. Jadi, selepas itu, sifat duka berkekalan pada dirinya. Ini se bagaimana diriwayatkan Said bin al-Musayyib.

Sebenarnya nama juga mencerminkan apa yang ada di dalam naluri seseorang. Ia juga memberitahu cara pemikiran seseorang dan akan kekal sehingga mati. Dengan sebab itu, Islam meminta umatnya supaya menamakan anak dengan nama yang baik.

Antara nama yang baik bagi anak lelaki ialah Abdul Haiy (hamba Allah yang hidup), Abdul Hanan (hamba Allah yang penyayang), Abidin (yang beribadat) dan Afiq (yang mulia) manakala bagi anak perempuan seperti Jamilah (cantik), Nur Hidayah (cahaya petunjuk) dan Mardhiyah (keredaan).

Sumber : Hmetro – Ad-Din

May 13, 2008 - Posted by | Keluarga

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: