Pewaris’s Weblog

Pewaris

Usrah Remaja Surau Desa Surada

Baru-baru ni bertempat di dewan Surau Desa Surada telah diadakan usrah bulanan remaja yang disertai pelbagai peringkat umur samada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Topik yang disampaikan berkisar tentang peranan dan tanggungjawab remaja dalam menghargai jasa Ibu dan keluarga dalam mengejar cita-cita. Penceramah yang menayangkan beberapa klip video berkisar tentang susah payahnya keadaan seorang ibu melahirkan anak dapat memberi kesan mendalam pada para peserta. Pendekatan yang lebih santai dan komunikasi dua arah dapat menarik minat remaja menumpukan perhatian terhadap isi-isi ceramah , mesej dan pesanan yang cuba disampaikan oleh pihak penganjur.

Pengorbanan anak yang sangat besar bagi membalas jasa ibu dan keluarga dapat juga ditunjukkan dalam tayangan Klip Iklan Petronas yang mengisahkan tentang pengorbanan 7 orang anak memenuhi harapan ibu mereka. Pendekatan fasilitator membawa remaja merenung dan menghayati pengorbanan ibu bapa dengan jasa yang tidak berbayar juga dapat dilihat memberi kesan yang mendalam dalam diri para peserta

Peserta kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang dikendalikan oleh seseorang fasilitator , menjadi medan muhasabah akan dosa-dosa yang pernah dilakukan remaja , akibat dari tindakan derhaka kepada kedua orang tua dan adab-adab yang perlu dijaga dalam perhubungan dengan orang tua mahupun rakan taulan mereka setelah mereka tiada.

Rata-rata peserta yang hadir dapat memberi maklum balas yang positif terhadap program ini . Kehadiran para ibu bapa dalam program ini juga menunjukkan kerjasama yang amat dihargai selama berlangsungnya usrah remaja . Tidak dapat dinafikan dengan keadaan masyarakat hari ini , pelbagai cabaran yang perlu didepani para remaja kini dan masa akan datang.

April 30, 2008 - Posted by | Pewaris, Usrah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: