Pewaris’s Weblog

Pewaris

Usrah Remaja Surau Desa Surada

Baru-baru ni bertempat di dewan Surau Desa Surada telah diadakan usrah bulanan remaja yang disertai pelbagai peringkat umur samada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Topik yang disampaikan berkisar tentang peranan dan tanggungjawab remaja dalam menghargai jasa Ibu dan keluarga dalam mengejar cita-cita. Penceramah yang menayangkan beberapa klip video berkisar tentang susah payahnya keadaan seorang ibu melahirkan anak dapat memberi kesan mendalam pada para peserta. Pendekatan yang lebih santai dan komunikasi dua arah dapat menarik minat remaja menumpukan perhatian terhadap isi-isi ceramah , mesej dan pesanan yang cuba disampaikan oleh pihak penganjur.

Pengorbanan anak yang sangat besar bagi membalas jasa ibu dan keluarga dapat juga ditunjukkan dalam tayangan Klip Iklan Petronas yang mengisahkan tentang pengorbanan 7 orang anak memenuhi harapan ibu mereka. Pendekatan fasilitator membawa remaja merenung dan menghayati pengorbanan ibu bapa dengan jasa yang tidak berbayar juga dapat dilihat memberi kesan yang mendalam dalam diri para peserta Continue reading

April 30, 2008 Posted by | Pewaris, Usrah | Leave a comment