Pewaris’s Weblog

Pewaris

Usrah Remaja di Bandar Tun Hussien Onn


Alhamdulillah , seramai 36 orang peserta muslimin dan 20 orang peserta muslimat telah menyertai program USRAH Remaja PEWARIS yang buat pertama kalinya diadakan bagi tahun 2008. Bermula pada pukul 9:30 tengah malam setelah berlangsung selama 2 jam dengan bantuan para AJK SURAU dan PEWARIS akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dimulai dengan slot ceramah disampaikan oleh Ustaz Ishak Ahmad ini banyak menekankan kepentingan usaha dan kesungguhan dalam mencapai matlamat atau cita-cita dalam diri para peserta. Tajuk yang dipilih pada usrah kali ini ialah “Menggapai Awan”


Remaja punya cita-cita yang menggunung tinggi . Begitu jelas, jauh di sudut hati mereka ada cita-cita dan matlamat yang begitu mereka idamkan . Peserta yang terdiri dari kalangan mereka yang masih bersekolah rendah hinggalah yang ke tingkatan 5 mempunyai cita-cita yang pelbagai. Cita-cita untuk menjadi pensyarah , ahli perniagaan , juruterbang, arkitek , saintis, peguam mahupun jurutera begitu tebal dalam diri masing-masing. Di sinilah peranan para fasilitator menjelaskan akan pentingnya langkah awal dalam memilih aliran atau subjek-subjek berkaitan dengan cita-cita mereka . Berfikiran kreatif , mahir ilmu sains , pandai berhujah , bijak menyusun idea, yakin pada diri, mengusai
kepelbagaian bidang ilmu dan bermacam-macam usaha perlu bagi memburu impian para peserta. Alhamdulillah jika semua ini diringi dengan keyakinan dan ketakwaan kepada Allah SWT maka sudah pastinya Allah membuka jalan memudahkannya. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama hambaNya. Continue reading

January 25, 2008 Posted by | Pewaris, Usrah | | Leave a comment

Usrah Remaja

USRAH REMAJA

TARIKH:

25 JANUARI 2008

( JUMAAT MALAM SABTU )

TEMPAT:

PASTI BANDAR TUN HUSSIEN ONN,

CHERAS,

SELANGOR DARUL EHSAN.

MASA:

8.00 MALAM – 10.00 MALAM

TAJUK:

“MENCAPAI AWAN”

SEMUA PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DIJEMPUT HADIR

MAKANAN DISEDIAKAN & TIADA BAYARAN DIKENAKAN

ANJURAN:

NISA` SERDANG, KELAB PEWARIS, PAKSI

January 21, 2008 Posted by | Pewaris, Usrah | Leave a comment

REMAJA PEWARIS…..

Asssalamualaikum wbt

INGAT atau manfaatkanlah masa MUDAmu sebelum datangnya masa tuamu.

Teringat pesan Rasulullah SAW kepada umat agar menghargai masa muda sebelum tibanya masa tua. Semasa mudalah kita mudah menerima ilmu , mudah menerima teguran dan mudah memberikan sumbangan tenaga , masa mahupun kesihatan untuk pelbagai perkara yang tidak mampu dilakukan ketika tua yang sudah barangkali badan kita semakin lemah. Namun sejauh manakah peranan remaja hari ini mencorak perubahan dan kegemilangan Islam pada masa hadapan? Ingatlah semua…remaja merupakan PEWARIS , pencatur tamadun pada masa hadapan. .

Alhamdulillah , wujudnya blog PEWARIS-Serdang ni adalah antara lain bermatlamat untuk memacu perjuangan remaja , bersama-sama bersatu ke arah melahirkan belia yang cintakan Islam dan mengamalkan ajaran Islam dalam diri setiap individu . InsyaAllah

Continue reading

January 11, 2008 Posted by | Pewaris | | Leave a comment